Popular Posts

Friday, April 21, 2017

Design of Shawl

Hai kakak dan adik2 sekalian,saya tidak mengenali anda secara keseluruhannya tetapi saya amat suka berkongsi setiap design yang saya buat dan ianya tidaklah serumit mana pun sebab sebagai seorang wanita saya amat mencintai wanita yang lain.

Dan warkah kali ni saya contengkan buat anda
saya tidak mampu untuk berjumpa dan menghadiahkan something buat anda
tapi saya mampu menghadiahkan anda satu idea buat bajet anda dihari raya
JIka anda masih mahu bertanya akan setiap design yang saya sediakan buat anda

tinggalkan mesej penting anda dan saya akan menjawabnya

hari ini nak sharing pasal design Shawl yang mudah nak design dan sangat ekonomik

firstly ,
bagi saya material lycra adalah sangat sesuai disebabkan keadaannya yang sangat ringkas mudah dibentuk  dan sangat bermanfaat buat anda semua selain itu ianya amat mudah ditarik dan direnggangkan apabila digunakan

Saya berkongsi kemahiran yang ada untuk kegunaan kita bersama
mana tahu kakak semua mahukan kan sesuatu yang ekonomik untuk bajet raya

Shawl dan scarf ni saya namakan seperti satu
bentuk BUTTERFLY

means scarf hanya setengah lekat kat hadapan tutup leher
dan shawl akan berputar keliling kepala tetapi saya design satu scarf yang kat dalam ni tak panjang disebabkan takut kakak akan rasa panas dan rimas terpulang dengan kakak nak panjang kan belakang atau tidak bagi saya ,saya memilih untuk menyedikan bajet yang ekonomi untuk bagi kakak faham

bentuk amat senang kakak hanya membayangkan bentuk segi empat tepat dan membahagikan nya kepada point tengah dan seterusnya mengikut saiz kesukaan buat anda.Sama ada untuk design Scarft atau Shawl yang anda inginkan

saya akan lukis sesuatu bagi  tunjuk kaedah yang akan dibuat

pertama sekali kakak kena ada kain yang dipotong panjang lebih kurang bersaiz 30' bersesuian dengan kehendak kakak dan kakak kena lipat dua then ambik ukuran leher kakak dan kakak jahit sehingga point leher sahaja .



Peringatan buat kakak
JANGAN JAHIT SEHINGGA HABIS SEBAB NANTI TAK JADI SCARF PULA.HEHE

seterusnya saya akan pergi ke shawl pula

Shawl kakak kena adjust saiz lebih kurang 1m1/2 lebar dan panjang pula dalam 2m1/2 pun boleh terpulang pada kakak nak labuh kakak kena labuh kan lebar dan panjang Shawl.

Bagi saya ,saya tidak akan jahit point leher pada shawl saya biarkan  supaya senang nak lilit bila perlu nanti kakak kalau nak jahit pun boleh just ambik setengah kat hujung dan bagi point lilitan shawl tu dia panjang sikit dari point hadapan


Dari segi bajet sangat ekonomi yang mana bajet bagi lycra yang saya beli adalah rm5.00 untuk bersaiz 4m lebar dan 3m panjang lebih kurang macam tulah so bagi setiap kain tu saya akan bahagikan dua bahagian dan bawa  ke kedai untuk jahit tepi .

jahit tepi pula kebiasaannya adalah rm 6.00 dan yang paling maximum adalah rm 10.00

Sebenarnya akak hanya perlu design masa nak gunting sahaja bila dah hantar kedai tu akak just jahit tepi guna gunting yang tajam ya kak.

Terima kasih 

SELAMAT MENCUBA



No comments:

Post a Comment